Tuesday 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU SKIL 2017


                                                  
Pergi ke pulau dengan perahu,
Singgah sebentar membeli lada,
16 Mei sambutan hari guru,
Guru pembina negara bangsa.

Pergi berburu terjumpa rusa,
Rehat dulu minum jus tuhau,
Jasa guru jangan dilupa,
Tanpa guru siapalah aku.
 

(16 MEI 2017): Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Kota Kinbalu telah dijalankan di dewan Myrna SKIL. Upacara dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah.

 


Guru besar SKIL membacakan perutusan menteri pendidikan.
YDP PIBG SK Inanam Laut....
Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan sambutan hari guru peringkat SK Inanam Laut. Antaranya seperti persembahan murid-murid pra sekolah dan tahun, persembahan tarian oleh ibu-ibu PIBG, dan juga persembahan lagu oleh guru-guru SKIL.


persembahan pra sekolah...

persembahan tahun 6



Persembahan ibu-ibu PIBG...


"Inilah hadiah kami dapat..."

Saturday 13 May 2017

PPDA SKIL ANJUR KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


(KOTA KINABALU:13 MEI 2017): Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) SK Inanam Laut (SKIL) telah menganjurkan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah bertempat di Dewan Myrna SKIL. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti:
a) Kuiz anti dadah
b) pertandingan melukis dan mewarna
c) pameran
d) demo mengesan dadah oleh Unit Pengesan Jabatan Kastam Negeri Sabah

Penyelaras PPDA SKIL cikgu Suzian sedang menjalankan kuiz anti dadah.

Demo mengesan dadah oleh Unit Pengesan Jabatan Kastam Negeri Sabah
Murid-murid khusuk melihat bahan-bahan pameran.



Terima kasih kepada Jabatan  Penjara, Unit Pengesan JabatanKastam Negeri Sabah, PDRM, Unit Promosi dan Kesihatan, PTPTN, wakil dari PPD KK, AJK PIBG , ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan, murid-murid  dan semua yg terlibat menjayakannya. Tahniah kepada  penyelarasnya cikgu Suzian dan pasukan PPDA SKIL. 

"Terbaiklah SKIL dan pasukan PPDA SKIL"

Monday 8 May 2017

PROGRAM MOTIVASI SKIL TAHUN 6 FASA 1, 2017


(KOTA KINABALU: 5 MEI 2017)  Program Motivasi Tahun 6 Fasa 1, SK Inanam Laut (SKIL) telah dijalankan di Dewan Myrna SK Inanam Laut Kota Kinabalu. Ceramah motivasi bertajuk "Motivasi diri dan belajar cemerlang" telah disampaikan oleh puan Mihing Singkui.

Taniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dan Unit Kecemerlangan Tahun 6 SKIL yang berjaya melaksanakan program dengan jayanya. Semoga program ini dapat diteruskan ke fasa 2 dan seterusnya untuk tahun 2017.


Penghargaan untuk penceramah pn. Mihing yang disampaikan oleh guru besar Pn. Noorainnie.
Objektif program:

  • mengetahui cara dan teknik belajar berkesan;
  • mengurus masa dengan berkesan;
  • dapat menilai sejauh mana persediaannya untuk menghadap peperiksaan UPSR