Tuesday 14 February 2017

SEMAKAN DAN PENGESAHAN SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)

Modul ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan membuat semakan dan pengesahan.

Semua PPP di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki membuat proses pengesahan maklumat di dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL https://sgmy.moe.gov.my mulai 29 Disember 2016 sehingga 15 Februari 2017.

Kata Laluan
Bagi guru KPM sila log masuk menggunakan No.Kad Pengenalan, dan bagi guru swasta sila log masuk menggunakan No.Permit. Kata laluan guru di KPM adalah sama seperti kata laluan SPLKPM , manakala kata laluan guru swasta diberikan oleh institusi masing-masing.

Semak Butiran
Guru dipohon semak butiran, ejaan dan sahkan maklumat yang dipaparkan. Klik butang pengesahan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah benar. Sekiranya terdapat ralat atau kesilapan, sila kemaskini di eOperasi bagi guru.

Mohon semua guru membuat pengesahan di laman web SGMy:https://sgmy.moe.gov.my/IND/index.cfm


sumber: http://www.mykssr.com/2017/02/semakan-pengesahan.html

No comments:

Post a Comment