Friday 17 August 2018

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKIL 2018


(15 OGOS 2018) : Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Inanam Laut (SKIL) telah disempurnakan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah, bertempat di Dewan Terbuka Myrna.

Gimik pelancaran oleh puan guru besar (kiri) PK Kurikulum (tengah) dan Pk Kokum) kanan...
Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", "Sabah Tanah Airku" dan "Lagu SK Inanam Laut". Ini diikuti dengan ucapan dari PK Kokum cikgu Zulfiqqar dan ucapan perasmian pelancaran oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah.

Kibaran jalur Gemilang...
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu patriotik oleh guru-guru dan murid-murid.

Semangat patriotik yang ditunjukkan oleh murid-murid yang sanggup membeli bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah..

No comments:

Post a Comment