Saturday 11 February 2017

KEMUDAHAN CUIT KUARANTIN (Cuti Jaga Anak Menghidap Penyakit Berjangkit)


Sebelum ini penjawat awam terpaksa menggunakan Cuti Rehat Khas mereka untuk menjaga anak yang menghidap penyakit seperti demam denggi, chickenpox, HFMD dan sebagainya. Oleh yang demikian pihak JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 Kemudahan Cuti Kuarantin.



 PEKELILING: KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP11/2016)
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan Kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
SENARAI PENYAKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria
Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.
Syarat anak dikuarantin:
i.  Bawah 18 tahun; dan
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.
Tarikh kuat kuasa pekeliling ini 1 Januari 2017.

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan cuti kuarantin, borang ada dilampirkan di dalam pekeliling.


No comments:

Post a Comment