KOTA KINABALU : Sabah mengalami fenomena cuaca sejuk apabila
beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah
selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi.
Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, Februari adalah antara
bulan paling sejuk di Malaysia termasuk di Sabah ekoran Monsun Timur
Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.
Beliau turut memaklumkan pejabat meteorologi di Ranau mencatat suhu
terendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius,
Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah
selsius untuk hari ini.
Katanya, antara punca utama penurunan suhu adalah disebabkan oleh tiupan
angin sejuk bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi negara
rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.
“Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti
fenomena penyejukan bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca
baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada
keadaan ini.
“Pejabat Meteorologi Sabah juga akan terus memantau keadaan cuaca
ini,”katanya ketika ditemui dipejabatnya pada Rabu./PENERANGAN-
SUMBER: https://www.sayangsabah.com/sabah-alami-fenomena-cuaca-sejuk-hingga-mac/
No comments:
Post a Comment