Saturday, 11 February 2017

Guru Wajib Tahu Apa Itu SKPMg2


Apakah itu SKPMg2 atau SKPM Gelombang 2?

Pelan  Pembangunan  Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 telah memasuki Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.

 Sebelum ini kita didedahkan dengan SKPM, kini pula SKPMg2.

Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan  penilaian sekolah menjadi lebih holistik.  Ia disebut SKPM Gelombang 2, penggunaan instrumen yang ditambah  baik ini akan membolehkan pentadbir sekolah  menjalankan penambahbaikan berterusan  bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Instrumen  ini akan menggabungkan pelbagai instrumen  penilaian sedia ada dalam Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian,  sekaligus meningkatkan kecekapan.

Untuk mengetahui apakah itu SKPMg2 atau Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, anda boleh dapatkan bahan maklumaj di bawah:


MUAT TURUN 
1. PENGENALAN
2. DRAF SKPM G2
3. JNJK DRAF
4. STANDARD 1 -5
5. DEMO AUTOKIRA

sumber; http://www.pendidik2u.my/2017/01/guru-wajib-tahu-apa-itu-skpmg2.html?m=1

No comments:

Post a Comment