Saturday 18 February 2017

SKIL JUARA BOLA SEPAK ZON INANAM

Pasukan SK Inanam Laut
INANAM (18 FEBRUARI): Akhirnya selepas menunggu 10 tahun, pasukan SKIL (SK Inanam Laut) berjaya merampas kembali mahkota kejuaraan bola sepak Zon Inanam 2017. Pada perlawanan akhir, SKIL berjaya menewaskan SK Inanam Dua dengan 2 jaringan tanpa balas.

Bergambar sebelum perlawanan akhir.

Perlawanan penuh dramatik  antara SK Inanam Laut dan SK Kolombong pada peringkat separuh akhir. Pasukan SK Kolombong mendahului 1 gol kosong, sehinggalah SK Inanam Laut menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir. Dan SK Inanam Laut terus bersemangat menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan yang berakhir dengan 2 gol berbalas 1.

Penjaring terbanyak kejohanan
Adik Mohammad Irwansyah dari SK Inanam Laut juga dianugerahkan "Penjaring Terbanyak". Adik Mohd Irwansyah dengan gaya ala "Lionel Messi SKIL" menjaringkan 7 gol.

"Kami juara...SKIL terbanyik"
Taniah kepada pengurus, jurulatih, dan pasukan SKIL. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment