Saturday 30 September 2017

SUKANEKA PRA SEKOLAH SKIL 2017


(SK INANAM LAUT: 28 SEPTEMBER 2017): Acara sukaneka murid-murid pra sekolah SK Inanam Laut telah dijalankan di padang sekolah. Pelbagai acara telah berlangsung dengan meriah.






DAY 1: PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKIL 2017


(SK INANAM LAUT: 29 SEPTEMBER 2017): Hari pertama Perkhemahan Unit Beruniform SK Inanam Laut dijalankan di SK Inanam Laut.  Perkhemahan anjuran Unit Ko-kurikulum ini disertai :
1) Pengakap
2) Tunas Puteri
3) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
4) Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).
5) Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama seperti:
a) Pendaftaran peserta
b) Memasang khemah
c) Latihan Malam kebudayaan
d) Kembara malam

Pendaftaran peserta...

Aktiviti memasang khemah
Bersedia untuk aktiviti "Kembara Malam"
Guru-guru penasihat juga bersedia untuk aktiviti "Kembara Malam"



Wednesday 20 September 2017

FIRE DRILL DI SKIL

Penyelaras Unit 3K sesi petang, cikgu Angelinah memadamkan api.

(SK INANAM LAUT: 20 SEPTEMBER 2017): Unit 3 K (Keselamatan, keceriaan dan kesihatan) sesi petang SKIL (SK Inanam Laut) diketuai oleh cikgu Angelinah telah menjalankan fire drill atau latihan kebakaran. Sebaik saja loceng dibunyikan berterusan, semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah.
Guru bertugas mingguan memberikan sedikit taklimat ringkas.


Murid memadakam api...
Taniah kepada unit 3K sesi petang SKIL yang berjaya menjalankan aktiviti seperti ini. Terima kasih juga kepada semua guru SKIL yang memberikan kerjasama yang sungguh padu.


Friday 15 September 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SKIL 2017


(SK INANAM LAUT: 15 SEPTEMBER 2017): Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017 untuk SK Inanam Laut  berlangsung di Dewan Terbuka Myrna. Majlis yang bertemakan "Pakaian Etnik Suku Kaum" di Sabah. Murid-murid dan guru-guru digalakkan memakai pakaian etnik suku kaum masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan hari ini ialah pertandingan pakaian tradisional antara murid-murid tahap 1 dan tahap 2.

Pakaian etnik suku kaum murid-murid tahap 1.

Pakaian etnik suku kaum murid-murid tahap 2.
Namun acara yang mencuri tumpuan ialah Pertandingan Pakaian Etnik Suku Kaum di kalangan guru-guru.







Monday 11 September 2017

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2017 CALON SKIL


Selamat menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 calon-calon SK Inanam Laut (SKIL). Semoga berjaya menjawab soalan-soalan dengan tenang, kami mendoakan kejayaan anda semua.
Daripada:
Guru Besar SKIL
Barisan Pentadbir
Guru-guru SKIL
Warga SKIL
PIBG SK Inanam Laut Kota Kinabalu.

Sunday 10 September 2017

PPIM SKIL SERTAI KEM PERMATA PUTERI


(SK INANAMLAUT: 10 SEPTEMBER 2017): PPIM SK Inanam Laut (SKIL) telah menyertai aktiviti "Kem Permata Puteri"  yang berlangsung di SMK Perempuan Likas pada 9 September 2017.


Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan congkak, yang mana PPIM SKIL telah menjadi juara.

Pertandinagan congkak...
Aktiviti dijalankan mengikut pangkalan, yang mana terdapat lima pangkalan.

Pangkalan 1: Permainan Dulu-dulu

Pangkalan 2: Si cantik Manis

Pangkalan 3: My Lovely Notebook


Pangkalan 4: Rekacipta
Pangkalan 5: Menu 5 Bintang



Friday 8 September 2017

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR SKIL 2017


(SK INANAM LAUT; 8 SEPTEMBER 2017) : Program Solat Hajat  Perdana Tahun 6 telah diadakan di masjid Tun Ahmadshah.Program ini merupakan langkah dan persediaan terakhir calon UPSR untuk menghadapi peperiksaan sebenar.



Wednesday 6 September 2017

SKIL DAPAT PENGIKTIRAFAN "TANDAS EMPAT BINTANG"

Suasana di luar tandas yang bertemakan "hidupan di air".
(SK INANAM LAUT: 6 SEPTEMBER 2017) : Tandas SK Inanam Laut (SKIL) telah mendapat pengiktirafan empat bintang oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Hari ini, pegawai dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah datang untuk membuat penilaian.

Wajah ceria jelas terpampang di riak wajah pegawai DBKK dan guru-guru SKIL.
"Nah, cantik sudah tandas kita kan?"




Taniah dan syabas kepada guru-guru SKIL Taniah dan terima kasih juga kepada PIBG yang turut menyumbang tenaga dalam usaha "keceriaan tandas SKIL".


KEMENJADIAN MURID: GABRIEL DAN JELLSON KEBANGGAAN SKIL




Gabriel dan Jellson bersama dengan guru besar SKIL, puan Noorannie.

(SK INANAM LAUT: 06 SEPTEMBER 2017): Ibarat "Sirih Pulang ke Gagangnya". Itulah yang dilakukan oleh dua bekas murid SK Inanam Laut (SKIL), adik Gabriel Gilbert Daim dan Jellson Jabilin, pemenang pingat emas acara terjun Sukan SEA 2017.
Adik Gabriel dan Jellson mengambil peluang melawat bekas sekolahnya (2008 hingga 2013) untuk bertemu dengan guru-guru SKIL dan bekas jurulatihnya cikgu Edmon Etin.

"Ramainya peminat meminta autograf."

Cikgu Edmon Etin (berbaju merah) tersenyum berbangga dengan pencapaian bekas anak didiknya.


Adik Gabriel memenangi pingat emas bersama Pandalela dalam acara terjun berpasukan. Manakala adik Jellson pula dalam acara 10 meter platform berirama dengan Leong Mun Yee, dan 10 meter platform seirama lelaki dengan Hanis Nazirul.

Ibu bapa dan guru-guru SKIL dengan "Sang Juara".
Taniah kepada adik Gabriel dan Jellson. Taniah kepada guru-guru SKIL. Inilah bukti kemenjadian murid SKIL (SK Inanam Laut). Semoga lebih ramai lagi murid SKIL akan mengharumkan nama SKIL di persada antara bangsa.