Saturday 27 January 2018

MESYUARAT PENUBUHAN PIBK SK INANAM LAUT


(SK INANAM LAUT: 16 JANUARI 2018): Mesyuarat penubuhan Penglibatan Ibu bapa dan komuniti (PIBK) SK Inanam Laut telah dijalankan di Bilik Raudah SK Inanam Laut. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 18 orang termasuklah guru besar, para penolong kanan SKIL dan ibu bapa.


Agenda mesyuarat turut menyentuh tentang kerjasama dan perhubungan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah.

Senarai nama kehadiran mesyuarat:
 


Info PIBK:
PIBK merupakan sebahagian daripada elemen di dalam Program SARANA SEKOLAH. Program ini dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah khasnya ibu bapa dan komuniti. Melalui PIBK, sekolah dan ibu bapa mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid. Ia juga memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Info lanjut boleh dirujuk SPI 4/2004 dan Sub Peraturan 7(2).


Thursday 25 January 2018

MESYUARAT GURU-GUR PETANG SKIL BIL 2, 2018


(SK INANAM LAUT: 23 JANUARI 2018) Mesyuarat Guru-guru Petang SKIL (SK Inanam Laut) telah dijalankan di Bilik Raudah. Mesyuarat dipengerusikan oleh puan guru besar itu bermula jam 11.00 pagi. Ini adalah mesyuarat kali kedua bagi tahun 2018.




Friday 19 January 2018

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1, 2018

Persembahan "Baby Shark" oleh murid-murid tahun 1B4

(SK INANAM LAUT: 19 JANUARI 2018): Majlis Perasmian Penutupan  Minggu Transisi SK Inanam Laut telah diadakan di Dewan terbuka Myrna. Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Franco Morrow.

Penolong Kanan Pentadbiran...

Persembahan Murid-murid Tahun 1:

Tahun 1B3..... "a,e,i,o,u"

Tahun 1B2...."Anggota Badan"

Tahun 1B4...."Baby Shark"

Tahun 1B1..."Kalau Anda Gembira"

Penyampaian Hadiah:

Murid Terbaik Setiap Kelas

Sukaneka

Persembahan Terbaik.
Syabas dan taniah kepada Penyelaras Transisi Tahun 1, cikgu Edmon Etin, Penolong Kanan Petang, puan Siti Hadizah, guru-guru kelas tahun 1 dan guru-guru petang yang telah membantu melaksanakan aktiviti sepanjang minggu transisi.

Thursday 18 January 2018

SUKANEKA TAHUN 1 SKIL 2018


(SK INANAM LAUT: 18 JANUARI 2018) : Sukaneka Tahun 1 sempena Program Transisi Tahun 1 SK Inanam Laut telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna. Acara bermula jam 3.00 petang. Antara acara sukaneka seperti;
a) Memindahkan gelung getah minuman menggunakan penyedut minuman
b) membawa bola ping pong menggunakan sudu pastik
c) meniup dan memijak belon.







Taniah dan syabas kepada guru-guru sesi petang dan tahun 1 yang terlibat menjayakan sukaneka ini.

8 PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM (JPA)


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan 8 Pekeliling Perkhidmatan Awam 1 Surat Pekeliling Perkhidmatan berkuatkuasa 1 JANUARI 2018. Antaranya:

1) Kemudahan Cuti Umrah: Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod (Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2017)

2) Kemudahan Cuti Bersalin: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 2017

3) Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 2017

4)  Bayaran Khas tahun 2017: 8 Januari 2018 . Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 2017

5) Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 2017

6) Cuti Rehat Khas (CRK): 10 hari setahun.  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 2017

7) Kenaikan Pangkat Time_Based:  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10  2017

8) Wanita Mengandung Pulang Awal 1jam.  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11  2017

9)  Kebenaran gantian Cuti Rehat (GCR) melebihi 150 hari Digunakan sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan:  Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2  2017


 Maklumat lanjut sila layari: www.jpa.gov.my


Wednesday 17 January 2018

LADAP: PENGURUSAN FAIL DAN ASET

Penceramah Encik Ismail Hj Dulamit
 (SK INANAM LAUT: 13 JANUARI 2018): Unit LADAP SK Inanam Laut telah mengadakan  LADAP yang bertajuk " Pengurusan Fail dan Aset." Ceramah telah disampaikan oleh Encik Ismail Hj Dulamit.

Sijil Penghargaan untuk pencermah disampaikan oleh guru besar puan Noorainnie Abdulah.

Wajah-wajah ceria guru SKIL....

Wajah-wajah serius...memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap cermah....

PERJUMPAAN KE 2 KOKUM KELAB PERSATUAN SKIL 2018

Aktiviti dari kelab Bahasa Arab
(SK INANAM LAUT: 17 JANUARI 2018): Aktiviti ko-kurikulum Kelab dan Persatuan SK Inanam Laut telah dijalankan. Ini adalah perjumpaan kali ke 2 bagi tahun 2018. Aktiviti bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu..."Kenali diri dan kawan anda"

Kelab Doktor Muda Tahun 3..."Melukis Logo"

Persatuan Bahasa Inggeris..."Find Hidden Word"
Persatuan Matematik....

Kelab Seni Visual..."Teknik Membuat Corak"

Persatuan Sains...Tayangan video pemanasan global.

Taniah dan syabas kepada ketua-ketua dan guru penasihat Kelab dan Persatuan SK Inanam Laut kerana berjaya melaksanakan amanah dan tanggung jawab.

Wednesday 10 January 2018

PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM SKIL KALI PERTAMA 2018

"Buat sehabis baik," untuk unit beruniform pengakap.
(SK INANAM LAUT: 10 JANUARI 2018): Aktiviti kali pertama bagi tahun 2018 bagi unit berunfrom SK Inanam Laut  , Inanam telah dijalankan hari ini. Aktiviti hari ini adalah mesyuarat dan pelantikan AJK murid dan guru.

PBSM....

Tunas Puteri...

TKRS...

AJK Murid PPIM SKIL 2018.

Taniah dan syabas kepada guru-guru penasihat unit beruniform SK Inanam Laut Inanam kerana berjaya melaksanakan aktiviti pertama bagi tahun 2018.

Tuesday 9 January 2018

SKIL: ANJAKAN PARADIGMA 2018

Sebahagian guru-guru SKIL sesi pagi 2018.
INANAM (8 JANUARI 2018) : Tahun 2018 Sekolah Kebangsaan Inanam Laut berazam untuk menjadi lebih cemerlang dan gemilang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid. Dengan penampilan pemakaian guru-guru yang kelihatan kemas dan segak.

Sebahagian guru-guru SKIL sesi petang 2018.

3 orang guru penyayang yang tampan dan segak.