Monday 15 July 2019

PELANCARAN MINGGU PANITIA SAINS, P. MUZIK DAN P. MORAL SKIL 2019

GIMIK pelancaran oleh puan Noorainnie, guru besar SK Laut....
(15 JULAI 2019: SK INANAM LAUT): Minggu Panitia Sains, Pendidikan Muzik, dan Pendidikan Moral 2019 SK Inanam Laut telah disempurnakan oleh guru besar SK Inanam Laut, puan Noorainnie Abdullah di Dewan Terbuka Myrna.


Syabas dan tahniah kepada ketua-ketua panitia Sains, Muzik dan Moral atas usaha murni ini.

Sunday 7 July 2019

GOTONG ROYONG PERDANA SKIL 2019


(6 JULAI 2019): Gotong royong Perdana SK Inanam Laut (SKIL) telah dijalankan pada 6 Julai 2019 (Sabtu) di kawasan sekolah SK Inanam Laut. Gotong royong ini melibatkan guru-guru, ibu bapa, PIBK, dan mantan pelajar muda belia.





Saturday 22 June 2019

HARI BERTEMU PELANGGAN SKIL 2019

Guru-guru kelas tahun 6 sedang berbincang dengan ibu bapa muird
(22 JUN 2019: INANAM): Hari Bertemu Pelanggan SK Inanam Laut (SKIL) telah dijalankan di SK Inanam Laut. Acara  bermula seawal jam 7.00 pagi itu memfokuskan kepada:
1) menandatangani slip rekod murid bagi pentaksiran semester 1 2019
2) perbincangan dengan gur kelas berkaitan persekolahan, pembelajaran murid

Dialog Prestasi Murid Tahun 6 di antara ibu bapa dan pentadbir sekolah...
Acara Dialog Prestasi Murid Tahun 6 dijalankan di Bilik Raudah sebelum majlis menandatangani dan penyerahan slip rekod murid murid bagi pentaksiran semester 1, 2019.

Guru Besar puan Noorainnie sedang memberi taklimat Dialog Prestasi Tahun 6...


Friday 24 May 2019

SKIL TATAP DI HATI : NAZARIUS & SITI HADIZAH

Kenangan bersama guru besar dan guru-guru petang SK Inanam Laut.
(24 MEI 2019: INANAM) : Hari ini (24 Mei 2019 ) adalah hari terakhir cikgu Nazarius Andrew dan cikgu Siti Hadizah Ismail bertugas di SK Inanam Laut. Cikgu Nazarius akan bertugas di tempat baru iaitu di SK Kolombong Kota Kinabalu, sementara cikgu Siti Hadizah akan bertugas di SK Kampung Contoh Petagas.

Sijil penghargaan sekolah disampaikan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah kepada cikgu Nazarius.

Sijil penghargaan sekolah disampaikan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah kepada cikgu Siti Hadizah


Wednesday 22 May 2019

IFTAR JAMA`IE SKIL 2019


(23 MEI: INANAM) : Majlis Iftar Jama`ie SK Inanam Laut telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut pada 23 Mei 2019. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Musolla Nurul Hikmah SK Inanam Laut, dengan kerjasama PIBG dan Kelab Guru Staf SK Inanam Laut.

Antara tetamu yang hadir...

Solat hajat dan solat maghrib berjemaah.

Iftar Ramadhan...

Terima kasih AJK Makanan...

Friday 10 May 2019

PROGRAM ZIARAH CAKNA SKIL KE RUMAH AFENDITUKA

Guru besar (paling kiri) di rumah  murid yang dilawat....
(INANAM: 10 MEI 2019): Pihak sekolah SK Inanam Laut yang diketuai oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah telah membuat lawatan ke rumah murid dalam Program Ziarah Cakna 2019.
Tarikh : 10.5.2019
Masa : 9 pagi
Tempat : Kampung Pomotodon
Tujuan : Program Ziarah Cakna


Ziarah cakna di rumah murid Afendituka Adullah di Kampung Pomotodon turut disertai oleh Penolong Kanan HEM, Guru Disiplin, Guru Kelas dan Guru Bimbingan Kaunseling.




Saturday 4 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU SKIL 2019

Guru-guru hebat SKIL...
(INANAM: 3 MEI 2019): Sambutan Hari Guru peringkat SK Inanam Laut telah berlangsung di Dewan Terbuka Myrna pada 3 Mei 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti;
a) persembahan nyanyian guru
b) persembahan murid
c) pertandingan pakaian beragam guru
d) pertandingan sukaneka guru

Persembahan nyanyian guru...

VIP yang hadir...
Aksi pakaian beragam guru...



Hang Kebun di tempat kedua pakaian beragam guru...

Wednesday 1 May 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKIL 2019


(INANAM) : Perkhemahan Unit Beruniform SK Inanam Laut (SKIL) 2019 telah berlangsung pada 26 hingga 27 April lepas. Perkhemahan ini disertai oleh unit-unit beruniform SK Inanam iaitu Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah , Pergerakan Puteri Islam Malaysia, dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Pendaftaran peserta perkhemahan....
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang aktiviti 2 hari 1 malam itu. Antaranya seperti,
i) mendirikan khemah
ii) malam kebudayaan
iii) kembara malam
iv) pertandingan membina gajet
v) pertandingan menyediakan kudapan

Antara kudapan yang lazat...

Juri puan Noorainnie sedang mencuba kudapan....

Membina gajet....
Pengakap...

PBSM...

TKRS...

Tunas Puteri...
PPIM...

Wednesday 24 April 2019

SKIL GOTONG ROYONG MUSNAHKAN DENGGI 2019


(INANAM: 24 APRIL 2019): Gotong royong mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan persekitaran sekolah telah dijlankan di SK Inanam Laut. Aktiviti bermula jam 7.00 pagi.


Murid-murid yang terlibat adalah murid tahun 5, manakala guru yang terlibat adalah guru yang mengajar di tahun 5 mengikut jadual pdpc kelas.


SKIL DENGAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2019


(INANAM: 23 APRIL 2019): SK Inanam Laut (SKIL) telah melaksanakan "Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2019". Aktiviti membaca  ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi persekolahan pagi dijalankan pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi, manakala sesi persekolahan petang dijalankan pada jam 2.30 hingga 2.40 petang.




Monday 22 April 2019

PENGAKAP SKIL SERTAI HARI BUMI 2019


(LIKAS: 22 APRIL 2019) : Persatuan Pengakap SK Inanam Laut (SKIL) telah menyertai aktiviti plogging sempena sambutan Hari Bumi 2019 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Taman Awam Teluk Likas 1, pada 21 April 2019.