Thursday 24 January 2019

LELAKI SKIL JUARA BOLA BALING ZON INANAM 2019

FINAL: SKIL (PINK) VS SKID (BIRU)
(23 JANUARI 2019:RABU): Pasukan lelaki SK Inanam Laut (SKIL) berjaya menjadi johan pertandingan Bola Baling Bawah 12 tahun Zon Inanam. Dalam perlawanan akhir, pasukan SKIL berjaya menebus kembali kekalahan dalam peringkat kumpulan terhadap lawan yang sama.

FINAL: SKIL (HIJAU) VS SKID (KUNING)
Sementara itu, bagi kategori perempuan pula, pasukan SKIL berjaya menjadi Naib Johan setelah tumpas kepada SKID.

Suasana penyampaian hadiah kepada para pemenang...
Tahniah kepada jurulatih, pengurus pasukan dan guru pengiring yang bertungkus lumus dari pagi ke petang menjaga dan memastikan makan minum para pemaian mencukupi.

Monday 21 January 2019

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKIL 2019

Guru Besar puan Noorannie menyampaikan hadiah kepada murid-murid tahun 1 2019.

(JUMAAT: 18 JANUARI 2019): Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 SK Inanam Laut (SKIL) telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna. Majlis telah disempurnakan oleh guru besar puan Noorannie Abdullah.
Guru besar puan Noorannie tetap tenang dan ceria biarpun dalam keadaan cuaca panas dan terik....

Program Transisi Tahun 1 SK Inanam Laut telah bermula sejak 31 Disember 2018 dan berakhir pada 18 Januari 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya;
a) sukaneka
b) mewarna
c) pertandingan tulisan cantik

PK Petang puan Siti Hadizah menyampaikan hadiah...

Penyelaras program, cikgu Magretta menyampaikan hadiah...
Tahniah kepada Penolong Kanan Petang, Penyelaras Program Transisi Tahun 1, guru-guru tahun 1, dan guru-guru petang SK Inanam Laut kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.