Saturday, 29 April 2017

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 DI SKIL



(KOTA KINABALU- 29 APRIL 2017) Kem Bestari Solat SK Inanam Laut (SKIL) untuk murid tahap 1 telah di adakan dengan jayanya pada 29 April 2017. Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu. 




Objektif Kem Bestari Solat adalah : 
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna. 
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
3 .Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 
4. Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian. 


PELANCARAN KARNIVAL PIBK PLC INANAM 2017

(KOTA KINABALU- 27 APRIL 2017)Pelancaran Karnival Penglibatan Ibu bapa, guru dan Komuniti (PIBK) telah disempurnkan oleh Yang Berhormat Datuk Jumat Hj. Idris, bertempat di SK Kitobu, Inanam.

“Penglibatan Ibu bapa, guru dan Komuniti adalah satu inisiatif perkongsian ilmu, kepakaran, pandangan dan motivasi bagi memantapkan lagi mutu kecemerlangan sekolah selaras dengan anjakan ke-9 PPPM.." Datuk Jumat.

"PLC Inanam mendahului PLC-PLC lain di daerah Kota Kinabalu.  Karnival PIBK Inanam adalah yang pertama dijalankan di seluruh negeri Sabah." En. Azmi bin Datuk Hj. Matusssin.

Karnival ini dikelolakan dan di atas kerjasama padu oleh kesepuluh buah sekolah di Zon Inanam iaitu SK Babagon Toki, SK Poring-Poring, SK Ruminding, SK Kionsom, SK Keronggu, SK Kitobu, SK St. Cathrine, SK Pomotodon, SK Inanam Dua dan SK Inanam Laut.  PLC Inanam ini diterajui oleh En. Yahya Yusop selaku Pengerusi PLC merangkap Guru Besar SK Babagon Toki. Rasional penubuhan PLC ini bagi mewujudkan ekosistem pembelajaran berpengetahuan, kepimpinan, kemahiran serta nilai sosio-budaya selari dengan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid.

Enam elemen yang menyokong pembelajaran berasaskan PLC ini iaitu iklim sekolah yang kondusif, mempunyai komuniti yang berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama dan kerjasama yang utuh dalam sesuatu komuniti. Ini adalah asas bagi menentukan kejayaan sesebuah sekolah jika tertubuhnya jaringan PIBK ini dalam menjayakan setiap aktiviti PLC dalam unit kecil di sekolah masing-masing.


Tuesday, 25 April 2017

PROGRAM JOM BACA BERSAMA DI SK INANAM LAUT


(KOTA KINABALU: 25 APRIL 2017): Program Jom Baca Bersama (Lets Read Together) Untuk 10 minit peringkat negeri Sabah telah dijalankan di SK Inanam Laut Kota Kinabalu. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara sempena sambutan Hari Buku Sedunia 2017.


 Masa pelaksanaan jam 11.00 - 11.10 pagi untuk sesi pagi , dan jam 2.30 - 2.40 petang untuk kelas sesi petang. Taniah kepada guru-guru SKIL(SK Inanam Laut) yang berjaya menjalankan program ini.




Saturday, 22 April 2017

KURSUS OMBAK DI SK INANAM LAUT

(KOTA KINABALU: 22 APRIL 2017):Kursus Organisasi Mantap Berteraskan Aplikasi Kaunseling (OMBAK) Peringkat Sekolah-sekolah Daerah Kota Kinabalu telah berlangsung di SK Inanam Laut Kota Kinabalu. Kursus yang  dikelolakan oleh Unit Kaunseling PPD Kota Kinabalu dan SK Inanam Laut ini disertai oleh 3 buah sekolah iaitu SK Inanam Laut, SK Kitobu dan SK Keronggu.

VIP..Wakil PPDKK, guru-guru besar SK Inanam Laut, SK Keronggu, SK Kitobu dan PK K1 dan Kokum (SK Inanam Laut)

Senyuman manis guru-guru dari SK Kitobu Inanam

Guru-guru dari SK Keronggu Inanam










Friday, 14 April 2017

GOTONG ROYONG PIBG SKIL SIRI 1, 2017


Gotong-royong PIBG SK Inanam Laut Siri 1, 2017 telah diadakan pada hari Sabtu (8 April 2017). Gotong royong yang dianjurkan oleh PIBG SKIL ini bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan persekitaran sekolah. Taniah kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang datang membantu pihak sekolah.

"Ada UFO di atas sanaaaaa..."


"Membersihkan parit. Tiada Aedes, tiada denggi"

"Nah, ceria sudah..."

KOTA KINABALU JUARA MSSB BOLA BALING PEREMPUAN 2017

Jurulatih cikgu Frederick Lo bersama 4 pemain SKIL yang mewakili Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu menjuari MSSB Bola Baling bawah 12 tahun kategori perempuan. Kejohanan yang berlangsung dari 12 - 13 April 2017 di BSA Kolombong.

Empat pemain SK Inanam Laut yang mewakili Kota Kinabalu terdiri dari Nur Hidayah Malisa,
Nurashykin Abdullah, Farah Fazliana, dan Anecia Jolius. Taniah kepada jurulatih cikgu Frederick Lo dan pemain-pemain yang mengharumkan nama SKIL (SK Inanam Laut).

Analisis perlawaanan;
Kota Kinabalu 4 vs Penampang 2
Kota Kinabalu 10 vs Ranau 2
Kota Kinabalu  8 vs Tuaran 0