Saturday 29 April 2017

PELANCARAN KARNIVAL PIBK PLC INANAM 2017

(KOTA KINABALU- 27 APRIL 2017)Pelancaran Karnival Penglibatan Ibu bapa, guru dan Komuniti (PIBK) telah disempurnkan oleh Yang Berhormat Datuk Jumat Hj. Idris, bertempat di SK Kitobu, Inanam.

“Penglibatan Ibu bapa, guru dan Komuniti adalah satu inisiatif perkongsian ilmu, kepakaran, pandangan dan motivasi bagi memantapkan lagi mutu kecemerlangan sekolah selaras dengan anjakan ke-9 PPPM.." Datuk Jumat.

"PLC Inanam mendahului PLC-PLC lain di daerah Kota Kinabalu.  Karnival PIBK Inanam adalah yang pertama dijalankan di seluruh negeri Sabah." En. Azmi bin Datuk Hj. Matusssin.

Karnival ini dikelolakan dan di atas kerjasama padu oleh kesepuluh buah sekolah di Zon Inanam iaitu SK Babagon Toki, SK Poring-Poring, SK Ruminding, SK Kionsom, SK Keronggu, SK Kitobu, SK St. Cathrine, SK Pomotodon, SK Inanam Dua dan SK Inanam Laut.  PLC Inanam ini diterajui oleh En. Yahya Yusop selaku Pengerusi PLC merangkap Guru Besar SK Babagon Toki. Rasional penubuhan PLC ini bagi mewujudkan ekosistem pembelajaran berpengetahuan, kepimpinan, kemahiran serta nilai sosio-budaya selari dengan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid.

Enam elemen yang menyokong pembelajaran berasaskan PLC ini iaitu iklim sekolah yang kondusif, mempunyai komuniti yang berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama dan kerjasama yang utuh dalam sesuatu komuniti. Ini adalah asas bagi menentukan kejayaan sesebuah sekolah jika tertubuhnya jaringan PIBK ini dalam menjayakan setiap aktiviti PLC dalam unit kecil di sekolah masing-masing.


No comments:

Post a Comment