Monday 16 April 2018

FOGGING DI SKIL

(16 APRIL 2018: INANAM) : Semburan kabus atau fogging telah dijalankan di SK Inanam Laut. Aktiviti penyemburan bermula tepat jam 6 petang. Ketika aktiviti penyemburan dijalankan semua murid sesi petang telah pulang ke rumah masing-masing.


Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.Semburan kabus (fogging) dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan kabus (fogging) 


 

No comments:

Post a Comment