Wednesday 2 May 2018

KEMPEN AMAN PALESTIN SKIL 2018

(30 APRIL 2018: INANAM): Panitia Agama Islam SK Inanam Laut (SKIL) telah melancarkan Tabung Ramadan Aman Palestin.

Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.  Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


PENUTUPAN MINGGU 3K SK INANAM LAUT 2018

(27 APRIL 2018: INANAM): Majlis Penutupan Minggu 3K SK Inanam Laut 2018 telah berlangsung di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu 3K yang bermula dari 23 April hingga 27 April 2018.

Persembahan lagu I`m Free sesi petang...