(30 APRIL 2018: INANAM): Panitia Agama Islam SK Inanam Laut (SKIL) telah melancarkan Tabung Ramadan Aman Palestin.
Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat
memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Aman
Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan
menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat
Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang
didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan
tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006,
pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah
syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi
membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam
bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin,
Lubnan
dan Syria
hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam
menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan
penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment