Friday 27 July 2018

MINGGU STEM SK INANAM LAUT 2018

Majlis penutupan minggu STEM dirasmikan oleh guru besar.
(27 JULAI 2018): Minggu STEM SK Inanam Laut (SKIL), Inanam telah berlangsung dari 23 Julai hingga 27 Julai 2018. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh guru besar SK Inanam Laut, puan Noorainnie Abdullah di Dewan terbuka Myrna.

Apa itu STEM? STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu STEM;
  • debat sains 5 n 4
  • litar elektrik
  • kuiz sains
  • rekacipta pengangkutan
  • poster
Objektif minggu STEM SKIL;
  • meningkatkan tahap penguasaan murid dengan istilah sains.
  • mencungkil bakat murid dalam aktiviti sains
  • meningkatkan pengetahuan  murid dalam subjek sains melalui aktiviti Hands on.

Tarian Sumazau semasa majlis penutupan.

Aktiviti untuk guru-guru...
Tahniah kepada Panitia Sains, dan Ketua Panitia Matematik SK Inanam Laut kerana berjaya menjayakan aktiviti minggu STEM 2018.

No comments:

Post a Comment