Sunday 19 August 2018

DAY 3 : BULAN KEMERDEKAAN SKIL 2018

(17 OGOS 2018): Hari ketiga sambutan "Bulan Kemerdekaan SK Inanam Laut" diteruskan dengan aktiviti mewarna kertas lukisan "Sayangi Malaysiaku".



Friday 17 August 2018

DAY 2 : BULAN KEMERDEKAAN SKIL 2018

(16 OGOS 2018): Hari kedua sambutan "Bulan Kemerdekaan SK Inanam Laut" diteruskan dengan aktiviti "mewarna kain batik". Tahniah kepada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, cikgu Reza.





PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKIL 2018


(15 OGOS 2018) : Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Inanam Laut (SKIL) telah disempurnakan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah, bertempat di Dewan Terbuka Myrna.

Gimik pelancaran oleh puan guru besar (kiri) PK Kurikulum (tengah) dan Pk Kokum) kanan...
Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", "Sabah Tanah Airku" dan "Lagu SK Inanam Laut". Ini diikuti dengan ucapan dari PK Kokum cikgu Zulfiqqar dan ucapan perasmian pelancaran oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah.

Kibaran jalur Gemilang...
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu patriotik oleh guru-guru dan murid-murid.

Semangat patriotik yang ditunjukkan oleh murid-murid yang sanggup membeli bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah..

Thursday 9 August 2018

SK INANAM LAUT JOHAN 3K NEGERI SABAH 2018


( 9 OGOS 2018: INANAM): SK Inanam Laut Kota Kinabalu menjadi johan Pertandingan 3 K (Kebersihan, kesihatan dan Keselamatan) Peringkat Negeri Sabah, kategori sekolah rendah bagi tahun 2018.



Thursday 2 August 2018

DAY 2: PROGRAM MENGGAPAI BINTANG SKIL 2018

(1 OGOS 2018: INANAM) Hari kedua Program Menggapai Bintang 2.0 SK Inanam Laut 2018 telah berjalan dengan pengisian aktiviti Bahasa Inggeris.

Puan Noorainnie (guru besar) turut sama membantu dalam aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti "mystery box"...

"How to read this word teacher?"

"What you waiting for? Spin it."

AJK Pelaksana Program...

"Please read, don`t run."

Zain Masjiril murid terbaik aktiviti bahasa Inggeris.
Tahniah dan terima kasih kepada Penolong Kanan Petang dan guru-guru sesi petang SK Inanam Laut yang telah menjayakan Program Menggapai Bintang 2.0 2018.

Wednesday 1 August 2018

DAY 1: PROGRAM MENGGAPAI BINTANG SKIL 2018


Murid-murid Numerasi tahun 2 dan 3 bersama guru AJK Pelaksana Program.
(31 JULAI 2018: INANAM) Hari pertama Program Menggapai Bintang 2.0 SK Inanam Laut 2018 telah berjalan dengan baik. Program ini bertujuan untuk membantu dan membimbing murid-murid meningkatkan tahap penguasaan konstruk 1 hingga konstruk 12 murid LINUS tahun 1 hingga tahun 3.
Permainan Putaran Minda...

Dua mata pelajaran LINUS yang dijalankan untuk aktiviti hari pertama ialah Bahasa Malaysia dan Matematik.

Aktiviti Bahasa Malaysia:

Permainan dadu perkataan...






Aktiviti Matematik:






Yeahhhh....berjaya menggapai bintang..