Monday 3 September 2018

PROGRAM "AKU PANDAI BAH!' SKIL 2018

Orang kuat Pemulihan Khas SKIL cikgu Nuraini...

(03 SPETEMBER 2018: SK INANAM LAUT) : Program "Aku Pandai Bah!" anjuran Pemulihan Khas SK Inanam Laut telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut Inanam.  Objektif program ini;
 1) mensifarkan muri-murid yang belum menguasai konstruk 1 dan 2 literasi LINUS tahun 1 dan 2
2) membantu murid menguasai kemahiran asas 4M .

PK Petang SKIL puan Siti Hadizah turun padang membantu dan menyokong program...
Terdapat 6 stesen dalam program ini iaitu:
a) Telur Tembakul
b) Macam Pernah Kulihat
c) Putarlah Suka Hati
d) Gafiel Sudah Bangun
e) Poket Doraemon
f) Madagaskar 4

Cikgu reimah di stesen Telur Tembakul...

Cikgu Hana di stesen Macam Pernah Kulihat...

Mari Dengar Cerita....

Cikgu Magretta di stesen Garfield Sudah Bangun...

Tahniah dan syabas kepada Guru Pemulihan Khas SKIL dan guru-guru sesi petang SK Inanam Laut yang membantu menajayakan program ini.

GOTONG ROYONG PIBG DAN PIBK SK INANAM LAUT SIRI 2 2018

Ibu-ibu termasuk puan Noorainnie (guru besar, berpakian hitam) asyik dengan kerja tempurung kelapa.

(01 SEPTEMBER 2018: SK INANAM LAUT): Gotong royong Perdana PIBG SK Inanam Laut telah dijlankan pada hari Sabtu lepas. Gotong royong anjuran Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) dan PIBK SK Inanam Laut bertujuan untuk menceriakan dan mengindahkan lagi persekitran sekolah. Selain daripada itu, aktiviti kali kedua bagi tahun 2018 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa warga SK Inanam Laut.

Bapa-bapa sedang bertungkus-lumus sambil diperhatikan oleh muri-murid...
Guru-guru sedang mengemas bilik disiplin yang baharu...
Ibu-ibu sedang membantu di Bilik Pemulihan Khas...
Bilik LINUS juga terlibat dalam proses gotong-royong...
Pengemaskinian dan keceriaan di Anjung PIBG....
Ibu-ibu dan guru sibuk dengan projek tempurung kelapa di luar Bilik Pemulihan Khas..
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa waris murid dan semua yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong perdana ini.