Monday 3 September 2018

GOTONG ROYONG PIBG DAN PIBK SK INANAM LAUT SIRI 2 2018

Ibu-ibu termasuk puan Noorainnie (guru besar, berpakian hitam) asyik dengan kerja tempurung kelapa.

(01 SEPTEMBER 2018: SK INANAM LAUT): Gotong royong Perdana PIBG SK Inanam Laut telah dijlankan pada hari Sabtu lepas. Gotong royong anjuran Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) dan PIBK SK Inanam Laut bertujuan untuk menceriakan dan mengindahkan lagi persekitran sekolah. Selain daripada itu, aktiviti kali kedua bagi tahun 2018 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa warga SK Inanam Laut.

Bapa-bapa sedang bertungkus-lumus sambil diperhatikan oleh muri-murid...
Guru-guru sedang mengemas bilik disiplin yang baharu...
Ibu-ibu sedang membantu di Bilik Pemulihan Khas...
Bilik LINUS juga terlibat dalam proses gotong-royong...
Pengemaskinian dan keceriaan di Anjung PIBG....
Ibu-ibu dan guru sibuk dengan projek tempurung kelapa di luar Bilik Pemulihan Khas..
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa waris murid dan semua yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong perdana ini.

No comments:

Post a Comment