Sunday 17 March 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG SKIL 2019


(INANAM: 16 MAC 2019): Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Inanam Laut (SKIL) 2019 telah dirasmikan oleh YB Azhar Bin Datuk Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, merangkap ADUN N.12 Karambunai.

Ucapan perasmian oleh YB Azhar Bin Datuk Matussin
YB Azhar bersama guru besar, barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir...

Beberapa aktiviti telah dijalankan sebagai slot pengisian mesyuarat agung PIBG 2019. Antaranya,
1) ceramah kesihatan
2) cabutan tiket bertuah
3) penyampaian sumbangan hadiah galakan kepada murid (MTC) UPSR 2018

Ceramah kesihatan...
Sumbangan hadiah galakan murid (MTC) UPSR 2018....
Encik Irwan Isnain mengekalkan jawatan YDP PIBG...
Dalam Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2019-2020, YDP encik Irwan bersama barisan AJK lama masih mengekalkan jawatan masing-masing setelah  undian sebulat suara dari ahli-ahli yang hadir.

Barisan AJK PIBG SKIL 2019-2020

Monday 11 March 2019

PEMANTUN SKIL MENYERTAI PERTANDINGAN PANTUN 2019

Guru pengiring dan pemantun SKIL
(INANAM: 6 MAC ): SK Inanam Laut telah menyertai pertandingan pantun yang berlangsung pada 5 Mac 2019, di SK Sri Gaya Kota Kinabalu.Pemantun SKIL (SK Inanam Laut) terdiri dari Nurhidayah Abdullah, Nur Syafiqah Haris, Claire Fellon Franco,  Almira Salleh, dan Md.Izzat Aiman Irwan.

Pemantun SKIL
Walaupun tidak berjaya mendapat kedudukan terbaik (tempat 1 hingga 3), namun pemantun SKIL telah berjaya menunjukkan persembahan baik dan membanggakan.

Friday 8 March 2019

SKIL MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA 2019

Guru pengiring (cikgu Maslina dan Siti Rasidah) dan peserta pertandingan dari SKIL...
(MENGGATAL: 6 MAC): SK Inanam Laut (SKIL) telah menyertai Pertandingan Bercerita Daerah Kota Kinabalu yang berlangsung di SK Unggun Menggatal. Dua orang peserta SK Inanam Laut iatitu adik Nur Aisyah Adawiyah (untuk kategori tahap 1) dan adik Claire Fellon (untuk kategori tahap 2).



SKIL TUAN RUMAH PIDATO 2019


(INANAM: 28 FEBRUARI): SK Inanam Laut (SKIL) telah menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu 2019, yang berlangsung pada 28 Februari 2019.. Pertandingan yang disertai oleh 13 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kota Kinabalu dijalankan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Inanam Laut.

Peserta tuan rumah, adik Norhidayah...
Walaupun peserta tuan rumah gagal mendapat kedudukan terbaik ( tempat pertama hingga ketiga), namun semangat juang dan keberanian yang ditunjukkan cukup membanggakan.

VIP...


Tuesday 5 March 2019

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SKIL 2019


(INANAM, 4 MAC 2019): Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua dan Penolong Ketua Kelas sesi petang telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut pada 4 Mac 2019.

Pengawas Sekolah sesi petang 2019...
Majlis yang berlangsung jam 12.40 tengahari itu telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Franco Morrow.


Pembimbing Rakan Sebaya 2019

Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas 2019