Sunday 17 March 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG SKIL 2019


(INANAM: 16 MAC 2019): Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Inanam Laut (SKIL) 2019 telah dirasmikan oleh YB Azhar Bin Datuk Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, merangkap ADUN N.12 Karambunai.

Ucapan perasmian oleh YB Azhar Bin Datuk Matussin
YB Azhar bersama guru besar, barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir...

Beberapa aktiviti telah dijalankan sebagai slot pengisian mesyuarat agung PIBG 2019. Antaranya,
1) ceramah kesihatan
2) cabutan tiket bertuah
3) penyampaian sumbangan hadiah galakan kepada murid (MTC) UPSR 2018

Ceramah kesihatan...
Sumbangan hadiah galakan murid (MTC) UPSR 2018....
Encik Irwan Isnain mengekalkan jawatan YDP PIBG...
Dalam Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2019-2020, YDP encik Irwan bersama barisan AJK lama masih mengekalkan jawatan masing-masing setelah  undian sebulat suara dari ahli-ahli yang hadir.

Barisan AJK PIBG SKIL 2019-2020

No comments:

Post a Comment