Wednesday 24 April 2019

SKIL GOTONG ROYONG MUSNAHKAN DENGGI 2019


(INANAM: 24 APRIL 2019): Gotong royong mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan persekitaran sekolah telah dijlankan di SK Inanam Laut. Aktiviti bermula jam 7.00 pagi.


Murid-murid yang terlibat adalah murid tahun 5, manakala guru yang terlibat adalah guru yang mengajar di tahun 5 mengikut jadual pdpc kelas.


SKIL DENGAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2019


(INANAM: 23 APRIL 2019): SK Inanam Laut (SKIL) telah melaksanakan "Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2019". Aktiviti membaca  ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi persekolahan pagi dijalankan pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi, manakala sesi persekolahan petang dijalankan pada jam 2.30 hingga 2.40 petang.




Monday 22 April 2019

PENGAKAP SKIL SERTAI HARI BUMI 2019


(LIKAS: 22 APRIL 2019) : Persatuan Pengakap SK Inanam Laut (SKIL) telah menyertai aktiviti plogging sempena sambutan Hari Bumi 2019 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Taman Awam Teluk Likas 1, pada 21 April 2019.




Thursday 18 April 2019

BAMBARAYON SKIL MENANG PINGAT PERAK DI KKI 2019


(18 APRIL 2019) : Kumpulan Bambarayon SK Inanam Laut (SKIL) memenangai pingat perak sempena Karnival Kreatif dan Inovasi (KKI) PdPc peringkat kebangsaan yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu, pada 15 hingga 17 April 2019.

Kumpulan Bambarayon SKIL....
Kumpulan Bambarayon SKIL terdiri dari cikgu Siti Maria, puan Noorainnie, ustazah Ifadah dan ustazah Zuraihnie dengan Inovasi SGM-Akaun Simpanan `OR CODE`.

Sunday 14 April 2019

KOJUROM SKIL DI KARNIVAL CIP


(KOTA KINABALU: 13 APRIL 2019) : SK Inanam Laut (SKIL) telah mengikuti Karnival CIP (Create, Innovate and Produced) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) yang diadakan di Oceanus Waterfront Kota Kinabalu.

Spiderman turut berminat dengan inovasi booth KOJUROM.
SK Inanam Laut telah mempamerkan Inovasi KOJUROM (Komualakan Jumawot Rombituon) dengan kit pembelajaran dalam Matematik.

Kanak-kanak turut berminat dengan Booth KOJUROM...

Tunjuk cara penggunaan bahan Inovasi KOJUROM kepada pengunjung...

Ayam NANDOS turut berminat dengan Booth KOJUROM SKIL...
Lawatan PPDKK dan timbalan PPDKK ke Booth KOJUROM SKIL....
Guru besar menerima Anugerah Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Terbaik Tahun 2018....


Friday 12 April 2019

3 K SKIL ANJUR PROGRAM KEBERSIHAN GIGI


(SK INANAM LAUT: 11 APRIL 2019): Unit 3 K (Kebersihan, kesihatan dan keselamatan) SK Inanam Laut (SKIL) telah menganjurkan Program Kebersihan Gigi, dengan kerjasama Unit Pergigian Hospital Luyang.

Demo memberus gigi yang betul.....
Cenderamata dan Sijil penghargaan disampaikan oleh guru besar kepada juruwat pergigian hospital Luyang.

Wednesday 10 April 2019

SKIL JUARA BOLA SEPAK ZON INANAM 2019


(INANAM:10 APRIL 2019): SK Inanam Laut menjadi juara pertandingan bola sepak bawah 12 tahun MSSD tahun 2019. Dalam pertandingan akhir SK Inanam Laut menewaskan SK Inanam Dua menerusi sepakan penalti setelah kedudukan terikat tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar.

"Kami juara lagi..."
Untuk rekod, ini adalah tahun ketiga  berturut-turut SK Inanam Laut menjadi juara setelah memenanginya pada tahun  2017 dan 2018 .

https://buletinnazarius.blogspot.com/2017/02/skil-juara-bola-sepak-zon-inanam.html

https://buletinnazarius.blogspot.com/2018/04/sk-inanam-laut-juara-bola-sepak-zon_3.htm