Monday 14 August 2017

PELANCARAN HIP DAN ENGLISH LANGUAGE WEEK, SKIL 2017


(SK INANAM LAUT: 14 OGOS 2017): Pelancaran Highly Immersive Programe (HIP) dan English Language Week, SKIL 2017  telah berlangsung pagi di Dewan Terbuka Myrna.

Sedikit info mengenai HIP.


Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.





No comments:

Post a Comment