Wednesday, 28 February 2018

MAJLIS PENYERAHAN "ANAK ANGKAT LINUS" SKIL 2018


(27 FEBRUARI 2018: SK INANAM LAUT): Majlis penyerahan "Anak Angkat LINUS" SK Inanam Laut  sempena Program Jom Membaca 2018 telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut. Majlis telah disempurnkan oleh guru besar puan Noorannie Abdullah.

Cikgu Suzan dengan "anak angkat LINUSnya"..

Program Jom Membaca ini adalah satu usaha sekolah membantu murid-murid tahun 2 dan 3 mengatasi kelemahan dalam membaca. Selain itu, program ini memberi peluang untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi untuk menghadapi saringan LINUS 2018.  Guru-guru pula dapat memberikan bimbingan yang khusus untuk meningkatkan pencapaian murid.


Program ini adalah suatu titik berterusan yang berterusan yang berbentuk bimbingan berfokus yang diharap dapat membantu murid dan memberi impak yang berkualiti serta berkesan dalam peningkatan pencapaian konstruk murid LINUS.

Friday, 23 February 2018

TAKLIMAT PROGRAM I`M FREE SIRI 1 2018

Cikgu Angelinah memberikan demo penggunaan bahan I`M Free.

(22 FEBRUARI 2018: SK INANAM LAUT): Taklimat I`M Free untuk guru-guru sesi petang termasuk guru Pra telah dijalankan di bilik Raudah SK Inanam Laut, Inanam. Taklimat disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran cikgu Franco dan guru bimbingan Kaunseling cikgu Reimah. Taklimat bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.25 tengahari.

Taklimat secara santai oleh cikgu Franco..
I`M Free merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan
merokok  dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil).
Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.


Cikgu Reimah memberikan demo penggunaan bahan I`M Free..

2 orang sukarelawan mempraktikkan permainanan I`M  Free....

Wednesday, 21 February 2018

PROGRAM LINUS: PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 3, SIRI 1 2018


(13 FEBRUARI 2018: SK INANAM LAUT) : Program LINUS Perjumpaan Ibu bapa murid Tahun 3 telah dijalankan di Makmal komputer sekolah. Program yang bertujuan "mensifarkan" LINUS murid-murid tahun 3 ini telah dipengerusikan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah.

Guru pakar Matematik memberikan taklimat Numerasi kepada wakil waris murid.



Taniah Penyelaras LINUS sekolah. Semoga usaha murni akan dapat membuahkan impak yang maksimum.

DUA MURID SKIL MEWAKILI BAHAGIAN KE PERINGKAT NEGERI BOLA BALING

3 murid yang mewakili daerah Kota Kinabalu dalam bola baling...
(20 FEBRUARI 2018: INANAM): Adik M.Ierfanshah B.Kamaluddin, dan Nurashykin Bt.Abdullah dari  SK Inanam Laut (SKIL) terpilih mewakili bahagian  ke peringkat negeri, dalam pertandingan bola baling bawah 12 tahun yang akan berlangsung di Beaufort pada 6 hingga 9 Mac nanti.



Taniah kepada jurulatih SKIL cikgu Frederick dan PK Kokum SKIL cikgu Zulfiqkar atas kejayaan yang cemerlang ini.