Nyanyian lagu " Kami Guru Malaysia" sebelum taklimat... |
Taklimat yang bermula jam 11.30 pagi itu dihadiri semua guru dan AKP.
SKPMG2 dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebagai piawai bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan.
Ia mencakupi beberapa bidang seperti kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan serta kemenjadian murid.
Ia adalah penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan, hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat.
Penambahbaikan itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.
No comments:
Post a Comment