Wednesday 28 February 2018

MAJLIS PENYERAHAN "ANAK ANGKAT LINUS" SKIL 2018


(27 FEBRUARI 2018: SK INANAM LAUT): Majlis penyerahan "Anak Angkat LINUS" SK Inanam Laut  sempena Program Jom Membaca 2018 telah dijalankan di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut. Majlis telah disempurnkan oleh guru besar puan Noorannie Abdullah.

Cikgu Suzan dengan "anak angkat LINUSnya"..

Program Jom Membaca ini adalah satu usaha sekolah membantu murid-murid tahun 2 dan 3 mengatasi kelemahan dalam membaca. Selain itu, program ini memberi peluang untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi untuk menghadapi saringan LINUS 2018.  Guru-guru pula dapat memberikan bimbingan yang khusus untuk meningkatkan pencapaian murid.


Program ini adalah suatu titik berterusan yang berterusan yang berbentuk bimbingan berfokus yang diharap dapat membantu murid dan memberi impak yang berkualiti serta berkesan dalam peningkatan pencapaian konstruk murid LINUS.

No comments:

Post a Comment