Thursday 29 March 2018

BENGKEL GREAT MINDS SKIL 2018

Perasmian Penutupan oleh guru besar Puan Noorainnie...
(29 MAC 2018: INANAM) : Perasmian penutupan Bengkel Great Minds SK Inanam Laut telah disempurnakan oleh guru besar puan Noorainnie Abdullah. Bengkel yang menggabungkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik itu telah berlangsung dari 26 Mac hingga 28 Mac 2018.

Aktiviti Bahasa Inggeris...

Aktiviti Bahasa Melayu...
Aktiviti Matematik...

Aktiviti Sains...

Taniah kepada ketua-ketua panitia mata pelajaran teras SK Inanam Laut atas daya usaha untuk kecemerlangan murid-murid SK Inanam Laut.

PEMANTUAN SARINGAN DAN BIMBINGAN LINUS 2.0 PPDKK

Sesi bimbingan dari fasilinus...
(28 MAC 2018: INANAM) : Pasukan Fasilinus dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) telah membuat  "pemantauan" Saringan dan Bimbingan LINUS ke SK Inanam Laut. Terima kasih kepada pasukan Fasilinus PPDKK kerana telah membantu guru-guru LINUS SK Inanam Laut untuk bimbingan saringan LINUS 2.0.

Wajah-wajah ceria dari PK Petang dan fasilunus PPDKK...

Thursday 22 March 2018

SKIL NAIB JOHAN MAZE RUNNER CHALLENGE


(21 MAC 2018: KOTA KINABALU) Sekolah Kebangsaan Inanam Laut mendapat naib johan "maze runner challenge", sempena Petrosains School Holiday Robotic Workhshop 2018 yang berlangsung dari 20 Mac hingga 21 Mac.



Tuesday 20 March 2018

DAY 1: PETROSAINS SCHOOL HOLIDAY ROBOTIC WORKSHOP 2018

Cikgu Lizee (guru pengiring) dan murid-murid SKIL tersenyum riang....
(20 MAC 2018: KOTA KINABALU): Sekolah Kebangsaang Inanam Laut (SKIL) telah menyertai bengkel "Petrosains School Holiday Robotic Workshop" yang berlangsung selama dua hari.


Taniah kepada guru pengirng sekolah cikgu Lizee (Ketua Panitia Sains SKIL) dan cikgu Siti Maria untuk pengorbanan masa cuti sekolah demi untuk kemenjadian murid SKIL.

Tunjuk ajar dari fasilitator...

Saturday 17 March 2018

UNIT 3K SKIL: PROGRAM MEMBERUS GIGI


(15 MAC 2018: INANAM); Unit 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian) Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) telah menjalankan "Program Memberus Gigi Tahap 1". Aktiviti berlangsung jam 3 petang.

Demo memberus gigi oleh cikgu Siti Rashidah dan cikgu Masliha.
Sebelum aktiviti memberus gigi dimulakan, demo atau tunjuk cara memberus gigi yang betul ditunjukkan oleh cikgu Siti Rashidah dan cikgu Masliha.

Aktiviti memberus gigi dengan barisan yang terpanjang di SK Inanam Laut...


SKIL NAIB JOHAN PESTA PANTUN DAERAH KOTA KINABALU 2018

Peserta-peserta pantun SKIL tersenyum sebelum bermula...
(14 MAC 2018: KOTA KINABALU) : Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2018, yang berlangsung di SK Tobobon Kota Kinabalu.Pemantun-pemantun  SKIL yang terdiri dari adik Dayang Shafiqa, Ellyseva, Ain Fasihah dan dua pemantun  simpanan iaitu adik Claire Franco dan Nursyafiqah ternyata tidak menunjukkan rasa gugup,walaupun ini penyertaan kali pertama dalam pertandingan pantun.

Pemantun  SKIL sedang menjual pantun...


Taniah kepada Penolong Kanan Kokum En.Zulfiqkar,  Pn.Cathrina (guru pengiring) dan Pn.Jarah selaku jurulatih.

Thursday 8 March 2018

SKIL TEMPAT KETIGA TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI 2018


(7 MAC 2018: SK INANAM LAUT) : Adik Dayang Shafiqa Izzati Ibrahim dari SK Inanam Laut (SKIL) mendapat tempat ketiga Tokoh NILAM peringkat negeri Sabah 2018, kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah.



Taniah dan syabas kepada adik Dayang Shafiqa Izzati, guru besar SKIL, guru pusat sumber dan guru pembimbing yang telah bertungkus lumus untuk kejayaan gemilang ini.

Monday 5 March 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM SKIL 2018

Cikgu Siti Maria (kiri) guru pusat sumber SKIL dengan puan Noorainnie Abdullah, guru besar SKIL.
(03 MAC 2018: SK INANAM LAUT) : Majlis  Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah disempurnakan oleh guru besar SK Inanam Laut, puan Noorainnie Abdullah. Majlis berlangsung di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut.

Puan Noorainne menggunting riben simbolik perasmian NILAM SKIL 2018.



"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah merea tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.