Monday 5 March 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM SKIL 2018

Cikgu Siti Maria (kiri) guru pusat sumber SKIL dengan puan Noorainnie Abdullah, guru besar SKIL.
(03 MAC 2018: SK INANAM LAUT) : Majlis  Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah disempurnakan oleh guru besar SK Inanam Laut, puan Noorainnie Abdullah. Majlis berlangsung di Dewan Terbuka Myrna SK Inanam Laut.

Puan Noorainne menggunting riben simbolik perasmian NILAM SKIL 2018.



"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah merea tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.





No comments:

Post a Comment