Saturday 17 March 2018

SKIL NAIB JOHAN PESTA PANTUN DAERAH KOTA KINABALU 2018

Peserta-peserta pantun SKIL tersenyum sebelum bermula...
(14 MAC 2018: KOTA KINABALU) : Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) berjaya mendapat naib johan dalam Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2018, yang berlangsung di SK Tobobon Kota Kinabalu.Pemantun-pemantun  SKIL yang terdiri dari adik Dayang Shafiqa, Ellyseva, Ain Fasihah dan dua pemantun  simpanan iaitu adik Claire Franco dan Nursyafiqah ternyata tidak menunjukkan rasa gugup,walaupun ini penyertaan kali pertama dalam pertandingan pantun.

Pemantun  SKIL sedang menjual pantun...


Taniah kepada Penolong Kanan Kokum En.Zulfiqkar,  Pn.Cathrina (guru pengiring) dan Pn.Jarah selaku jurulatih.

No comments:

Post a Comment