Tuesday, 28 February 2017
Adik Nurhidayah Malisa Mendapat Tempat ke 2 Lontar Peluru.
KOTA KINABALU (28 FEBRUARI): Adik Nurhidayah Malisa binti Ahmad Natal menceriakan kem SK Inanam Inanam Laut (SKIL) dengan mendapat tempat kedua lontar peluru kategori perempuan dalam Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSSD Kota Kinabalu 2017.
Taniah kepada adik Malisa, jurulatih dan guru-guru pengiring SK Inanam Laut. Acara balapan akan berlangsung esok di Kompleks Sukan UMS.
Label:
2.INFO SEKOLAH,
4.KOKUM
Saturday, 25 February 2017
SKIL JUARA BOLA BALING PEREMPUAN MSSD KK 2017
KOTA KINABALU (25 FEBRUARI): SKIL (Sekolah Kebangsaan Inanam Laut) menjadi johan pertandingan bola baling perempuan bawah 12 tahun, peringkat daerah Kota Kinabalu. Pada perlawanan akhir, SKIL telah menewaskan SK Inanam Dua dengan 3 - 0.
Perlawanan akhir: SKIL berjersi merah ala LIverpool, dan SK Inanam Dua berjersi oren. |
- SKIL 3 vs SK Tebobon 1
- SKIL 4 vs SK Pomotodon 0
- SKIL 3 vs SK Kepayan 0
- SKIL 3 vs SK Likas 0
- SKIL 5 vs SK Sembulan 0 Peringkat suku akhir menewaskan SK Stella Maris 2 -1. Peringkat separuh akhir menewaskan SK St Francis Convent 5 - 2. Terima kasih kepada rakan-rakan guru, ibu bapa yang sudi hadir memberikan sokongan moral kepada pasukan SKIL.
Sunday, 19 February 2017
MESYUARAT AGUNG PIBG SKIL 2017
Barisan PIBG SKIL 2017-2018 |
- tempat: Dewan Myrna SKIL
- tarikh: 18 Februari 2017
- Masa: 7.00 pagi
YDP PIBG SKIL, Encik Irwan Isnain dengan Penasihat PIBG, Puan Noorainnie (guru besar) |
Taklimat Disiplin oleh Sup. Insp. Tn. Mahmud bin Hassan |
Antara ibu bapa yang hadir... |
Wajah-wajah ceria guru SKIL... |
"Terima kasih YDP. Teruskan perkhidmatan anda, ya" |
Saturday, 18 February 2017
SKIL JUARA BOLA SEPAK ZON INANAM
Pasukan SK Inanam Laut |
Bergambar sebelum perlawanan akhir. |
Perlawanan penuh dramatik antara SK Inanam Laut dan SK Kolombong pada peringkat separuh akhir. Pasukan SK Kolombong mendahului 1 gol kosong, sehinggalah SK Inanam Laut menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir. Dan SK Inanam Laut terus bersemangat menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan yang berakhir dengan 2 gol berbalas 1.
Penjaring terbanyak kejohanan |
"Kami juara...SKIL terbanyik" |
Tuesday, 14 February 2017
PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS2.0 TAHUN 3 2017
Perjumpaan ibu bapa/penjaga murid LINUS SK Inanam Laut, tahun 3 2017 telah diadakan di;
- tempat: Makmal komputer SK Inanam Laut
- tarikh: 14 Februari 2017
- Masa: 11.00 pagi
Juru acara: Pn. Masliha |
Taklimat konstruk LINUS Bahasa Melayu oleh puan Siti Rashidah |
Puan Sabrina menerangkan konstruk LINUS Bahasa Inggeris |
Aku Janji oleh murid-murid LINUS tahun 3. |
Pendaftaran ibu bapa/penjaga waris murid. |
SEMAKAN DAN PENGESAHAN SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)
Modul ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan membuat semakan dan pengesahan.
Semua PPP di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki membuat proses pengesahan maklumat di dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL https://sgmy.moe.gov.my mulai 29 Disember 2016 sehingga 15 Februari 2017.
Kata Laluan
Bagi guru KPM sila log masuk menggunakan No.Kad Pengenalan, dan bagi guru swasta sila log masuk menggunakan No.Permit. Kata laluan guru di KPM adalah sama seperti kata laluan SPLKPM , manakala kata laluan guru swasta diberikan oleh institusi masing-masing.
Semak Butiran
Guru dipohon semak butiran, ejaan dan sahkan maklumat yang dipaparkan. Klik butang pengesahan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah benar. Sekiranya terdapat ralat atau kesilapan, sila kemaskini di eOperasi bagi guru.
Mohon semua guru membuat pengesahan di laman web SGMy:https://sgmy.moe.gov.my/IND/index.cfm
sumber: http://www.mykssr.com/2017/02/semakan-pengesahan.html
Semua PPP di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki membuat proses pengesahan maklumat di dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL https://sgmy.moe.gov.my mulai 29 Disember 2016 sehingga 15 Februari 2017.
Kata Laluan
Bagi guru KPM sila log masuk menggunakan No.Kad Pengenalan, dan bagi guru swasta sila log masuk menggunakan No.Permit. Kata laluan guru di KPM adalah sama seperti kata laluan SPLKPM , manakala kata laluan guru swasta diberikan oleh institusi masing-masing.
Semak Butiran
Guru dipohon semak butiran, ejaan dan sahkan maklumat yang dipaparkan. Klik butang pengesahan sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah benar. Sekiranya terdapat ralat atau kesilapan, sila kemaskini di eOperasi bagi guru.
Mohon semua guru membuat pengesahan di laman web SGMy:https://sgmy.moe.gov.my/IND/index.cfm
sumber: http://www.mykssr.com/2017/02/semakan-pengesahan.html
Monday, 13 February 2017
GURU LINUS NUMERASI SKIL 2017
SENARAI GURU LINUS SKIL 2017:
NUMERASI:
Tahun 1:
Tahun 2:
Tahun 3:
Catatan: Kelas dengan guru ganti. Pihak sekolah masih menunggu guru baru sampai mengisi kekosongan.
NUMERASI:
Tahun 1:
- 1B1: En. Edmond Etin
- 1B2:#Guru Ganti
- 1B3:Pn. Vini Matahir
- 1B4:#Guru ganti
Tahun 2:
- 2B1: En. Edmond Etin
- 2B2: Nazarius Andrew
- 2B3: Nazarius Andrew
- 2B4: Pn. Vini Matahir
Tahun 3:
- 3B1: Nazarius Andrew
- 3B2:#Guru ganti
- 3B3:Pn. Vini Matahir
- 3B4: En. Edmond Etin
Catatan: Kelas dengan guru ganti. Pihak sekolah masih menunggu guru baru sampai mengisi kekosongan.
ALAMAT SEKOLAH SKIL
SENARAI NAMA GURU BESAR SKIL
PENTADBIR 2017
Puan Noorainnie Binti Abdullah
Guru Besar
SK Inanam Laut
Encik Franco Morrow AK Balai
Penolong Kanan Kurikulum
Puan Noraima Binti Bintingan @ Paraman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Siti Hadizah Binti Ismail
Penolong Kanan Petang
Saturday, 11 February 2017
AKTIVITI KECERIAAN UNTUK BILIK LINUS DAN KELAS 3B1
SK INANAM LAUT (4 FEBRUARI 2017):Aktiviti kecerian Siri 2, 2017 diteruskan oleh guru-guru SKIL. Minggu ini bilik LINUS dan kelas 3B1/6B1 pula mendapat sentuhan ajaib guru-guru SKIL.
Taniah dan syabas kepada guru-guru SKIL dan waris yang terlibat dalam aktiviti keceriaan minggu ini.
Ibu bapa waris murid membantu menceriakan kelas 3B1. |
Wajah ceria guru-guru SKIL ... |
Tumpuan sepenuhnya ketika mengecat... |
"Berat sama dipikul, ringan...." |
Langsir untuk kelas 3B1/6B1 siap dipasang. |
MODUL MEBINA GAJET PERKHEMAHAN
Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap.
Buku Panduan KRS dan TKRS, Modul Bina Gajet, Buku Log Pengakap dan Nota Simpulan dan Ikatan.
Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus
diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat
antaranya;
- Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
- Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya
- Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.
Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat
dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada
bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh,
pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan
sebagainya.
Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya
makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan
perkhemahan.
Maksud Gajet
Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil.
Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan
dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan
perabot rumah di tapak perkhemahan.
Tujuan Gajet
- Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
- Melindungi makanan dari tercemar
- Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
- Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
- Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
- Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
- Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
Tidak semua guru mempunyai kemahiran membuat gajet dengan baik, oleh itu
memerlukan modul membina gajet / panduant membuat gajet dalam
perkhemahan.
Kepada guru-guru KRS, TKRS dan Pengakap boleh dapatkan modul membina Gajet dengan Muat Turun dibawah.
MODUL BINA GAJETKepada guru-guru KRS, TKRS dan Pengakap boleh dapatkan modul membina Gajet dengan Muat Turun dibawah.
sumber:http://www.pendidik2u.my
KEMUDAHAN CUIT KUARANTIN (Cuti Jaga Anak Menghidap Penyakit Berjangkit)
Sebelum ini penjawat awam terpaksa menggunakan Cuti Rehat Khas mereka untuk menjaga anak yang menghidap penyakit seperti demam denggi, chickenpox, HFMD dan sebagainya. Oleh yang demikian pihak JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 Kemudahan Cuti Kuarantin.
PEKELILING: KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN (PP11/2016)
Pekeliling Perkhidmatan ini
bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan Kemudahan Cuti
Kuarantin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Selaras dengan keprihatinan
kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan
telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang
anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
KELAYAKAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai
telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit,
pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
SENARAI PENYAKIT
1. Penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi
Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria
Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.
Syarat anak dikuarantin:
i. Bawah 18 tahun; dan
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.
Tarikh kuat kuasa pekeliling ini 1 Januari 2017.
Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan cuti kuarantin, borang ada dilampirkan di dalam pekeliling.
Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan cuti kuarantin, borang ada dilampirkan di dalam pekeliling.
RUJUK: PEKELILING CUTI KUARANTIN
Guru Wajib Tahu Apa Itu SKPMg2
Apakah itu SKPMg2 atau SKPM Gelombang 2?
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 telah memasuki Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.
Sebelum ini kita didedahkan dengan SKPM, kini pula SKPMg2.
Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan penilaian sekolah menjadi lebih holistik. Ia disebut SKPM Gelombang 2, penggunaan instrumen yang ditambah baik ini akan membolehkan pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Instrumen ini akan menggabungkan pelbagai instrumen penilaian sedia ada dalam Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian, sekaligus meningkatkan kecekapan.
Untuk mengetahui apakah itu SKPMg2 atau Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, anda boleh dapatkan bahan maklumaj di bawah:
1. PENGENALAN
2. DRAF SKPM G2
3. JNJK DRAF
4. STANDARD 1 -5
5. DEMO AUTOKIRA
sumber; http://www.pendidik2u.my/2017/01/guru-wajib-tahu-apa-itu-skpmg2.html?m=1
Thursday, 9 February 2017
AKTIVITI UNIT BERUNIFORM SKIL 8 FEBRUARI 2017
Aktiviti "Laung Agung" Pengakap SKIL |
Aktiviti Kokum Unit Beruniform SKIL dijalankan;
- Tarikh: 8 Februari 2017
- Masa: 11:30 - 12:30 tengahari
Taniah dan syabas kepada guru-guru penasihat unit beruniform SKIL di atas pelaksanaan aktiviti ini.
MESYUARAT PANITIA BI SKIL, 1 2017
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris SKIL kali pertama dijalankan;
- Tempat: Bilik Guru
- Masa: 11;30 pagi
- Tarikh: 8 Februari 2017
Wednesday, 8 February 2017
CUACA SEJUK DI SABAH HINGGA MAC.
KOTA KINABALU : Sabah mengalami fenomena cuaca sejuk apabila
beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah
selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi.
Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, Februari adalah antara
bulan paling sejuk di Malaysia termasuk di Sabah ekoran Monsun Timur
Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.
Beliau turut memaklumkan pejabat meteorologi di Ranau mencatat suhu
terendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius,
Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah
selsius untuk hari ini.
Katanya, antara punca utama penurunan suhu adalah disebabkan oleh tiupan
angin sejuk bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi negara
rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.
“Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti
fenomena penyejukan bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca
baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada
keadaan ini.
“Pejabat Meteorologi Sabah juga akan terus memantau keadaan cuaca
ini,”katanya ketika ditemui dipejabatnya pada Rabu./PENERANGAN-
SUMBER: https://www.sayangsabah.com/sabah-alami-fenomena-cuaca-sejuk-hingga-mac/
Tuesday, 7 February 2017
MISI DAN VISI SKIL
ADIK LIM WEI KANG PERLUKAN BANTUAN ANDA
Resource/sumber: https://www.facebook.com/ChiAiSelangor/photos/a.329387407456649.1073741832.237583646637026/329390780789645/?type=3&theater
The poor family Lim, the younger brother, and the medical expenses.
The Father was
an accident. The bone fracture.
[not working,
losing economic backbone, family living trap]
For Help: Lim
Wei Kang (14 years old)
Case: Noonan
syndrome nu syndrome
De zhǐ : Kota Kinabalu, Sabah
Family members:
Lee nyuk fun, Li Jade (Mother 42) Lim Thau, (42 years old) Lim Mei Ching (AGE
4)
Details of the
case are as follows:
In three years
ago, Lim Wei-kang and other children were happy to attend school, and suddenly
school teachers began to discover that Lin Wei-Kang's little brother was a
little bit wrong, and just started not to pay attention until li jade was
discovered by her mother. The shoe is starting to turn around, and sometimes Lim
wei-Kang's little brother's in the toilet won't open the door, and it's not in
the inside. She found the gravity of the situation, and he immediately took him
to the hospital to be inspected at the nearby hospital. After the medical
diagnosis of the hospital, it was determined that the young brother of lin wai
was suffering from the noonan syndrome (South Syndrome), which was meant to be
a small family, as it was in the blue, but the lives of a hard - Until last
year, Mr Lam Road, Mr Lam Tao, has lost his ability to work, and has lost his
ability to work, which makes it more difficult for the family to be living in
After a long
period of time, their family's savings have been exhausted, and this year, the
youngest daughter of young ching, who should be enrolled in kindergarten, is
also unable to attend school as a normal child, li yuk. She has no choice but
to seek help from the public, and I hope that the people will give them a
helping hand to help them tide over their difficulties.
More Details:
Interested
parties may donate money to the heart of the donor.
Ambank 【8881016544932】
Benevolent Chi
Ai Selangor
[** please send
or upload the donation receipt for a record "Lim Wei kang",
[can also be
sent to Email:ChiAiSelangor@gmail.com to make a record "Lim Wei
kang",
I hope everyone will be able to share this post
with more benevolent people to help help, help, and be grateful.
Subscribe to:
Posts (Atom)